Kem4tian Yang Dicemburui, Warga Emas Dilapor Meningg4l Dunia Ketika Solat Isyak Di Masjid

Kem4tian Yang Dicemburui, Warga Emas Dilapor Meningg4l Dunia Ketika Solat Isyak Di Masjid

Meningg4l dunia dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik) adalah dituntut oleh semua umat Islam. Masakan tidak, itulah saat terakhir kita berada di dunia ini sebelum ‘berhijrah’ ke alam seterusnya. Kalau baik pengakhirannya, maka Insyaallah baiklah perjalanan seterusnya dan jika bu ruk pengakhirannya..Nauzubillahi min zalik.
Salah satu kem4tian husnul khatimah yang paling dimuliakan adalah meningg4l dunia dalam solat. Begitulah juga seperti yang terjadi di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi baru-baru ini.
“Langit kirmizi menghantar dirimu..menuju jalan pulang..hari-hari indah bersama..” Seorang ahli jemaah, Haji Abdul Latif, 75 tahun, ditakdirkan ‘gugur’ dan kembali ke Rahmatullah malam semalam setelah jatuh tidak sedarkan diri ketika dalam rakaat kedua/ketiga solat Isyak.
Lebih menyentuh hati, difahamkan arwah merupakan seorang ahli jemaah tegar di masjid tersebut. Mengikut kenyataan di laman Facebook rasmi masjid itu, solat jenazah dilaksanakan pada pukul 10 pagi tadi.
Sangat beruntung bagi arwah kerana ‘berpeluang’ menghadap Ilahi ketika dalam solat. Semoga peristiwa kematian ini memberi pengajaran untuk kita semua agar sentiasa menjaga dan memelihara solat, agar satu hari nanti kita juga beroleh kemuliaan kembali ke Rahmatullah dalam solat. Dan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Sumber: Masjid Bandar Seri Putra, Bangi